Jumaat, 16 Mei 2014

muqaddimah

bismllahirrahmanirrahim.

apa yang dicatatkan, dan bagaimanapun cara menyampaikan, kita harapkan perkongsian ini berfaedah untuk diri dan umum.

menulislah. sebagai satu menifestasi kesyukuran terhadap nikmat akal, dan perenungan. Moga kesyukuran terhadap yang sedikit, akan ditambahkanNya lagi; meski melalui pintu-pintu yang tidak disangka-sangka, moga dilimpahkan ilham dan petunjuk; hingga akhirnya tidaklah terhitung usaha ini, melainkan termasuk dalam kebajikan jua.


****

asal cetusan

belajar adalah menyeronokkan. Kerana kita belajar, maka kita berfikir, bertanya dan mencari jawapan. Lantas menyusun buah fikir; mempersiap bekal diri dan memperbaiki.

Setelah berlarutan beberapa siri perbincangan bersama beberapa orang teman, berkongsi keghairahan dan semangat serta minat yang serupa; terlebih sering kami membincangkan, memperjelas pokok persoalan, dan memburu jawapan-jawapan, lalu meraih kepuasan, terfikir seandainya detik-detik "penghasilan" itu dicatatkan; moga tidak lupus dalam kenangan zaman, serta menjadi lebih umum manfaatnya untuk proses pembelajaran sendiri-kini, dan akan datang.